Monday 14 March 2016

Monday 7 March 2016

KUMPULAN 7




 
 

JABATAN

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NAMA & KOD KURSUS

DUA2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK

KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1.      Kesukaran mejadi sebab kepada kemudahan dan keringanan.

2.      Kemudahan hendaklah dihilangkan.

NAMA PENSYARAH

USTAZAH SURIYANI

KELAS

DIS2B

NAMA PELAJAR 1

MUHAMAD FARIS IMADI BIN RAZAK

NO PENDAFTARAN

25DIS15F1010

NAMA PELAJAR 2

MOHAMAD SYAFIQ DANIAL BIN RAMLI

NO PENDAFTARAN

25DIS15F1080

NAMA PELAJAR

SYED KHAIRUL RASHID BIN SYED RAHMAD

NO PENDAFTARAN

25DIS15F1056


 

ISI KANDUNGAN


BIL
                                     PERKARA
1
PENGHARGAAN
2
PENDAHULUAN
3
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan


4
KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
5
KESIMPULAN
6
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kami  pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat dan Keselamatan telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) berdasarkan tempoh yang telah diberi.

           Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Suraini binti Hj. Ripin selaku pensyarah sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan projek ini. Beliau telah memberikan kerjasama dan bimbingan yang amat baik.

           Pada kesempatan ini juga , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya blog kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta,ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang projek ini dijalankan.

           Sekalung budi juga buat rakan-rakan kumpulan kami  yang sudi meluangkan masa yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya projek ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.Sekian,terima kasih.

PENDAHULUAN

Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat nescaya perasaan takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.

Segala kemudharatan yang berlaku wajib dihilangkan dan dihapuskan. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang berkenaan masalah kemudaratan. Ada antara kaedah yang menghalang kemudaratan itu daripada dilakukan manakala kaedah ini pula menerangkan tentang kewajipan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut apabila ia berlaku. Oleh itu, kaedah ini menunjukkan bahawa apabila berlaku sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib dihilangkannya daripada terus ditanggung.

Kemudaratan itu harus dihilangkan dengan membawa pengertian bahawa kemudaratan telah terjadi. Lantaran itu, apabila keadaan demikian berlaku, ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan.

1.KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :


a) Sebagaimana firman Allah:
 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسَ                                                   
 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

b) Firman Allah lagi:
                                            وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
 Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
وَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ                                       
Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.


            Berdasarkan kaedah tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.


            Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia.  Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka.

            Contohnya puasa dalam bulan ramadhan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.

Selain itu juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kelaparan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah S.W.T.